Wednesday, June 30, 2010

Sejarah Sekolah

SJK ( C ) Mengkarak telah ditubuhkan pada tahun 1925 oleh beberapa orang penderma yang mementingkan pendidikan.

Pada tahun 1941, akibat pemerintah Jepun, sekolah ini terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana orang tempatan telah melarikan diri.

Pada tahun 1945 pula, sekolah ini dibuka semula dan 3 tahun kemudian, En. Sia Chee Kong telah dilantik sebagai Guru Besar sehingga beliau bersara pada tahun 1972. Seterusnya En. Lain Tick Juan dilantik sebagai Guru Besar sehingga 1983.

Lembaga Pengelola telah berusaha untuk mengutip derma daripada ibubapa untuk membina semula bilik darjah yang semakin usang. Pada tahun 1969, bilangan murid telah bertambah menjadi 400 orang. Disebabkan kekurangan bilik darjah, maka waktu pembelajaran telah dibahagikan kepada dua sidang, iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Pada tahun 1978, En Ah Kam telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola. Suatu kutipan derma untuk pembinaan bilik darjah baru telah dilancarkan.Kelab Boon Ming telah sudi menderma RM10,000.00. Disamping itu ibubapa, bekas murid berganding bahu telah berjaya mengumpulkan derma berjumlah RM40,000.00. Ketika itu Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memperuntukan RM20,000.00 untuk projek ini. Enam buah bilik darjah dan sebuah stor baru telah dibina. Mendiang YB Dato’ Chang Siang Sun Timbalan Menteri Pendidikan telah merasmikan bilik darjah tersebut.

Pada tahun 1984, Guru Besar En. Lai Tick Juan telah meletak jawatan untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan. En. Soon Yu Min telah dilantik sebagai Guru Besar sehingga 1987.

En. Niou Tiang Leong dipilih sebagai pengerusi Lembaga Pengelola pada tahun 1981. Beliau telah memimpin sekolah ini dengan amat cemerlang. Bermacam-macam kemajuan dan infrasruktur telah dilaksanakan,. Pada tahun 1985, satu peruntukan RM120,000.00 telah diperolehi untuk pembinaan satu blok bangunan yang mengandungi Bilik Guru Besar, Pejabat Guru, Perpustakaan, Bilik ABM dan Bilik Gerakan. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh YB Dato Lim Keng Yaik, Menteri Perusahaan Utama Malaysia.

Pada Jun 1987, En Liew Chew Kiong telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Di atas kerjasama yang begitu erat antara Lembaga Pengelola, ibu-bapa da PIBG, sebuah Dewan Serbaguna yang menelan belanja RM200,000.00 telah dibina pada tahun 1991. Perasmian dewan ini telah dilakukan oleh YB Dato. Lim Ah Lek Menteri Sumber Manusia pada tahun 1994

Pada 16.06.1996, Guru Besar, En.Liew Chew Kiong PJK telah dinaikkan pangkat untuk menyandang Penyelia Sekolah di PPD Kuantan. En. Chen Teo Wah telah ditugaskan sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga 01.10.1996. Beliau kemudiannya ditukarkan sebagai Penyelia Sekolah di PPD Bera.

En.Chong Kim Teh dilantik senagai Guru Besar sekolah ini pada 01.11.1996. Pada tahun 1997 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan bantuan sebanyak RM60,000.00 untuk projek pembinan bilik darjah baru.

Lantaran bangunan blok B yang dibina dengan papan kayu 30 tahun dahulu telah ditafsirkan sebagai bangunan berbahaya oleh pihak JKR, maka ia telah dirobohkan. Suatu kutipan derma telah diadakan dengan bantuan dari syarikat Tiger Beer, wang derma berjumlah RM130,000.00 telah dipungut menerusi ‘Malam Amal Tiger’. Satu blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah yang menelan kos RM180,000.00 telah dibina dalam masa 6 bulan sahaja.Perasmian bilik darjah ini telah dilakukan oleh YB Dato’ Sri Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan Malaysia pada 24.09.1998

Pada 03.08.1997, permohonan tapak padang sekolah. Pihak Majlis Tempatan Mengkarak bersetuju memberi kuasa pihak sekolah untuk menguruskan kawasan padang melalui surat bil (765 ) dlm Mt. MGK bertarikh 06.11.1993

14.07.1997 Perjumpaan antara Tuan Pegawai Daerah Bera , Pengerusi Majlis Tempatan dan Guru Besar SJKC Mengkarak , di mana pihak Majlis Tempatan Mengkarak bersetuju menyerahkan padang tersebut kepada pihak sekolah dan mengesyorkan supaya permohonan tapak itu digazetkan sebagai tapak padang sekolah atau tapak simpanan sekolah.

08.08.1997 Pihak sekolah telah diminta untuk mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah Tanah Dan Galian melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pahang oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Bera

25-04-2000 Sekolah telah membuat permohonan menukar status sekolah dari Sekolah Bantuan Modal walaupun sekolah ini dibina atas tanah kerajaan pada 23.07.1938 dan digazetkan dibawah G. No. 3721 oleh Pengarah Tanah Dan Galian Pahang oleh Pengerusi Pengelola En. Niou Tiang Leong , Pengerusi PIBG, En. Tai Tai Huan dan Guru Besar En. Chong Kim Teh.

01.06.2000 Permohonan menukar kedudukan sekolah ini telah dilanjutkan oleh Unit Perancangan Pembangunan Dan Bekalan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pembangunan, Penswastaan & Bekalan ( JPNP 03/01/2060/Jld.2 ( 10 )

08.10.2004 Memorandum kepada Yang Berhormat Datuk Ismail Sabri Bin Yaakub , Ahli Palimen Bera mengenai permohonan menukar status sekolah ini , iaitu dari Sekolah Bantuan Modal ke status Sekolah Bantuan Penuh.

Pada Tahun 2005 pintu gerbang baru sekolah telah didirikan dan ini adalah sumbangan daripada bekas pelajar sekolah Gan Hock Shu.

Semua bangunan sekolah telah dicat semula . Semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Lembaga Pengurus Sekolah.

Pada tahun 2006 bilangan murid sekolah kini telah berkurang sebahagian besar ububapa atau penjaga kampung Mengkarak terpaksa pindah keluar kerana kekurangan peluang kerja. Kini bilangan murid hanya 163 orang kalau dibanding dengan tahun tujuh puluhan iaitu seramai 400 orang.

Pada tahun 2008 , sekolah telah bersedia dengan Pra Sekolah . Jumlah muridnya adalah 25 orang.

No comments: