Wednesday, June 30, 2010

Kata Aluan GB

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang berkunjung ke blog SJKC Mengkarak , Pahang Darul Makmur.

Perkembangan pesat dalam dunia ICT dan penggunaan komputer secara meluas dalam Institusi Pendidikan Malaysia telah menjadi pemangkin dalam usaha untuk membestarikan sekolah selaras dengan Dasar Pendidikan Negara.

Usaha membangunkan Laman Web ini diharap dapat memaparkan maklumat-maklumat yang terkini mengenai sekolah kepada para pengunjung secara cepat dan efektif.

Laman Web ini merupakan sesuatu usaha yang dapat mendorong serta memberi perangsang kepada semua murid sekoklah ini supaya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua aspek . Hasrat ini disokong dengan visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu yang berilmu dan berakhlak mulia.

Saya juga amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak termasuk masyarakat tempatan , Lembaga Pengurus Sekolah , PIBG , ibubapa, bekas pelajar sekolah , murid-murid dan guru-guru sekolah supaya menggunakan platform ini untuk berinteraksi , berkongsi pendapat serta memberi cadangan kepada pihak sekolah secara berkesan.

Terima kasih kepada guru-guru saya yang telah berjaya menghasilkan laman web ini .

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

GURU BESAR SJKC MENGKARAK

CHO SING FOK

No comments: